CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 20 August 2011

pROGram 4 - PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN part 1


      Setelah merangka kertas kerja dan mendapat kebenaran daripada guru besar, kami telah memulakan tugas ini dengan menghantar flyers di setiap kelas tahun 4 dan 5 untuk memaklumkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Hal ini bertujuan untuk menarik minat murid menyertai aktiviti yang akan dijalankan disamping memberi peluang kepada murid untuk membuat persediaan yang sewajarnya.




Setelah itu, kami telah membuat dan menghantar buku program untuk difotostat dan diedarkan kepada guru-guru.




Kami juga telah membuat backdrop untuk majlis ini dengan mandapat bantuan daripada guru-guru pusat sumber.





Pada hari Isnin, 15 Ogos 2011 telah diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh guru besar,. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh En Azri.



Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Panitia Kajian Tempatan dan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu En Anuar.


Kemuncak kepada majlis ini ialah ucapan daripada guru besar dan seterusnya merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan tahun 2011.




Sebagai simbolik kepada erti kemerdekaan iaitu lambang kebebasan negara kita daripada penjajahan, kami telah memilih dua ekor burung merpati untuk dilepaskan oleh guru besar.



Kemudian, semua warga SKBR diminta untuk menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 sambil mengibarkan bendera Malaysia.




Bagi menyerikan lagi majlis ini, telah dijemput seorang murid Tahun 6 untuk mendeklamasikan sajak. Majlis bersurai pada jam 8.20 pagi.

* oke.....ni just program pelancaran....ade sambungan tao...program 4 - part 2






No comments:

Post a Comment