CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 16 August 2011

Program 1 - PROJEK LALUAN REFLEKSIOLOGI


Untuk memulakan projek ini, semua bahan dan peralatan hendaklah disediakan terlebih dahulu agar tidak menjadi kelam-kabut dan dapat juga menjimatkan masa. Pada pagi itu, kami menunggu lori pasir datang untuk menghantar pasir. Tepat jam 9.00, pasir yang ditunggu pun tiba.


Kami telah meminta bantuan daripada Pakcik Zaini dan Pakcik Ghani untuk mengukur kawasan yang akan digunakan. Ukuran kawasan yang telah ditetapkan adalah sepanjang 12 kaki dengan kelebaran 4 kaki.



Setelah mendapat ukuran yang dikehendaki, tugas yang pertama ialah membancuh pasir dan simen untuk dijadikan lapisan di atas laluan tersebut. Sebelum itu, kami membantu kedua-dua pakcik untuk mengambil pasir.





Kemudian, pasir yang telah diambil tadi telah dicampurkan dengan simen. Simen dan pasir yang dicampurkan haruslah mendapat sukatan yang sebetulnya agar bancuhan nanti menjadi sempurna. Pakcik Zaini membantu kami dengan menggaul sebati pasir dengan simen tersebut.




Pasir dan simen yang telah dicampurkan ini, kemudiannya telah dibancuh dengan menggunakan air.





Dengan bantuan Pakcik Ghani, bancuhan pasir dan simen yang telah siap, diletakkan di atas laluan yang telah diukur.


Selepas itu, bancuhan ini diratakan dengan menggunakan peralatan yang betul agar mendapat lapisan yang rata dan sempurna.



Setelah lapisan yang dibuat tadi telah menjadi rata dan dalam keadaan yang baik, kami telah mendapat nasihat daripada GPK Khas untuk memilih terlebih dahulu batu-batu yang mempunyai bentuk dan saiz yang cantik untuk diletakkan di atas tapak yang dibuat.    




Proses pemilihan batu perlu dilakukan dengan cepat tetapi teliti kerana bancuhan yang telah diletakkan di atas tapak tadi tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana dikhuatiri akan mengeras. Oleh itu, dengan cepatnya kami telah menyusun batu-batu hitam dahulu kerana ingin membentuk perkataan iaitu ”PEND. KHAS SKBR







Selesai menyusun batu-batu hitam, kami menyusun pula batu-batu putih di sekeliling perkataan yang telah dibentuk tadi. Murid-murid pendidikan khas juga turut membantu proses menyusun batu-batu putih ini.






Proses yang terakhir adalah untuk memastikan semua batu tertanam dengan baik di dalam bancuhan. Kami telah berusaha untuk menekan batu dan memijaknya agar batu tidak tertanggal dan mudah tercabut.

Sementara menunggu tapak yang dibina itu kering dan siap, kami bersama-sama dengan murid pendidikan khas telah melakukan gotong royong kecil-kecilan di sekitar kawasan kelas pendidikan khas untuk memperindahkan lagi tempat tersebut.






    dan...............inilah hasil terakhir.........................



projek ini bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir selesai pada jam 6.00 petang. walaupun kami berpuasa, tapi ia tidak dijadikan alasan utk kami all out dalam projek ni..hehe
InsyaAllah, adelah ganjarannye utk orang orang yg sabar..kn kn kn...........:)

~~................Wasalam.................~~


No comments:

Post a Comment