Salah satu program yang kami laksanakan ialah program sempena sambutan Ihya’ Ramadhan iaitu penganjuran pertandingan menulis jawi dan mewarna. Program ini melibatkan murid – murid Tahun 1 hingga Tahun 5 iaitu daripada kelas Bestari dan Efisyen sahaja. Murid Tahun 1 terlibat dengan pertandingan mewarna manakala selebihnya ialah pertandingan menulis jawi. Murid Tahun 6 tidak dilibatkan memandangkan mereka sedang menjalani peperiksaan sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada Panitia Pendidikan Islam SKBR.
Program ini berlangsung selama seminggu bermula 08 Ogos sehingga 12 Ogos 2011. Kami mengedarkan kertas soalan kepada semua Ustaz dan Ustazah yang terlibat mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas – kelas yang bertanding.
 |
Sebelum itu, Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu Ustaz Alwi telah membantu memberikan teks yang perlu dijawikan oleh semua murid. Ini kerana, kami menghadapi kesukaran dalam memilih teks yang sesuai untuk digunakan. Dianggarkan seramai 400 murid terlibat dalam pertandingan ini.
Pertandingan ini berlangsung ketika waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kami tidak dapat mengumpulkan semua murid atas sebab – sebab tertentu. Oleh itu, kami ada memantau kelas yang terlibat semasa pertandingan tersebut diadakan.



Kami dapat melihat kesungguhan murid – murid ketika pertandingan berlangsung. Ini kerana, murid kelihatan tekun dan bersungguh – sungguh menjawikan soalan rumi tersebut.
Alhamdulillah, pertandingan tersebut telah berlangsung mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, setelah selesai mengutip semua kertas pertandingan, kami dipertanggungjawabkan untuk mencari pemenang bagi setiap tahap.Menanda kertas tulisan jawi bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami tidak terlibat mengajar tulisan jawi secara langsung. Oleh itu, kami ada merujuk kepada Ustaz Alwi jika terdapat perkataan yang kurang pasti jawinya, Secara tidak langsung, kami dapat mempertingkatkan pengetahuan tulisan jawi masing – masing.
Bagi Tahun 1 pula, murid – murid juga dilihat tekun mewarna tulisan dan gambar yang diberikan. Hasilnya juga memberangsangkan.
Setelah selesai menanda kesemua kertas soalan pertandingan tersebut, kami telah menyenaraikan pemenang – pemenang bagi setiap tahun. Kami juga telah dibantu Ustaz Alwi untuk membeli hadiah untuk disampaikan di tapak perhimpunan pada 19 Ogos 2011.
Ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua guru – guru daripaa Panitia Pendidikan Islam atas kerjasama baik yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Ketua Panitia iaitu Ustaz Alwi yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami.
## Alhamdulillah, berkat kesabaran ( sabau lah sangat kan ) kami berjaya jugak selesaikan program yg satu ni..keh3..nway, nama pemenang2 tu dah di senarai pendek pown..juz tunggu mase nak bagi adiah je..hehe..( nasib baik ust Alwi bagi duit beli adiah..bukan ape..koreng dah duit ni haa...haha ) #tenkiu ustaz#
~~.................wasalam....................~~
|
No comments:
Post a Comment