CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 18 August 2011

PrograM 3 - LAPORAN PROJEK MENGHIAS PONDOK ILMU SKBR

Satu lagi program yang kami laksanakan ialah projek menghias ponok ilmu SKBR. Dahulunya, pondok ini merupakan sebuah kantin lama yang mempunyai lapan buah meja beserta kerusi. Semasa kami tiba di sekolah ini, ondok tersebut dijadikan tempat untuk guru – guru dan murid – murid berehat sementara menunggu kelas atau hal – hal lain. 





Oleh itu, amat rugi jika pondok tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa ada bahan ilmiah yang boleh dirujuk oleh warga SKBR. Atas kesedaran itulah, Guru Besar SKBR meminta kami untuk membantu menghiasnya bahan-  bahan ilmiah dan hiasan yang kemas bagi keselesaan bersama.

Beginilah keadaan awal pondok tersebut. papan kenyataannya juga agak kosong manakala susunan meja dan kerusi juga tidak teratur. Terdapat meja yang tiada alas dan kelihatan kurang menarik.






Antara langkah awal yang kami lakukan ialah menyediakan bahan – bahan yang akan diletakkan di atas setiap meja yang ada. Kami dibantu oleh Cikgu Maimon yang merupakan guru Pusat Sumber. Beliau mencadangkan kami memfokuskan subjek Bahasa Inggeris memandangkan murid – murid dilihat lemah dalam mata pelajaran tersebut


muka sedih giler..haha


Oleh itu, beliau sendiri memberikan idea penulisan bahan kepada kami. Fokusnya kepada Grammer seperti proverbs, prepositions, antonyms, synonyms, dan banyak lagi.


            Selain itu, Guru Besar juga memberikan cadangan inovasi terhadap hiasan yang akan diletakkan di atas meja. Beliau meminta kami menyediakan pokok yang terdiri daripada daun – daun dan bunga kertas yang telah delaminate. Kemudian, ia dilekatkan paa sebatang dawai untuk membentuk seperti tangkai. Setelah siap, pokok tersebut akan ditanam di dalam sebuah pasu dan disimen. Pada daun dan bunga terdapat perkataan dalam Bahasa Inggeris beserta dengan maknanya sekali.

            Pada hari seterusnya, kami memulakan tugas menghias pondok tersebut. Antara yang kami lakukan di awalnya ialah mencari langsir yang sesuai digunakan untuk diletakkan sebagai tirai pada dinding pondok tersebut. Langsir yang ada dibasuh terlebih dahulu dan dijemur.











Sementara menunggu kain langsir tersebut kering, kami telah cuba menampal kata – kata pada dinding. Kata – kata tersebut ialah “ Practice Makes Perfect”. Tetapi kami hanya menampalnya sementara kerana ingin melihat kesesuaiannya terlebih dahulu.






Setelah kain langsir sudah kering, kami meminta bantuan Pak Cik Zaini untuk memasangnya memandangkan kami tidak mampu melakukannya sendiri. Mentor kami iaitu Puan Asnia juga turut sama membantu dan memberikan idea terhadap pemasangan tirai tersebut.








Apabila selesai memasang langsir, kami menampal semula kata – kata hikmah tadi dengan sempurna.




Pada hari berikutnya, Guru Besar telah menyediakan tikar getah untuk dijadikan alas meja di pondok tersebut. Oleh itu, kami memulakan tugas menggunting dan memasang alas meja tersebut dengan berhati – hati.




ukur lahh kononnye.keh3



Kami juga ada meminta bantuan guru pelatih yang sedang menjalani praktikal di sekolah ini. Ternyata mereka sudi membantu jika ada kelapangan. Terima kasih diucapkan.


anis...tenkiu yaaaa.....


ni lah die anis...yg amik pic ni tikah or aisyah..nway,thanks u ollss sume kay...
if nak tao anis ni rumet i jugak lahh.kehkeh


* oke,...itu saje utk laporan projek ni..nnti i hapdet gambar sebelum selepas ye..bukan ape...blom siap pon projek ni..hehe


No comments:

Post a Comment