CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 22 August 2011

Salam U Olls

kat sini...................
cik pejah n cik kin kin nak ucapkan terima kasih lahh kat tiga orang guru praktikal kat situ..........anis..........aisyah........n tikah..............
if nak tao......diorang ni lah yg byk tlg tlg...
- jadi runner sane sini......tyme pelancaran..
- tlg pecahkan belon.
- tlg balut meja
- n MCM MCM LAGI

hehe...bukan ape..kekadang tu ade keje yg kami xley buat berdua kan. kan kan..

so, kat sini..akak berdua nak ucapkan semoga maju jaya lahh kat korang eh..nnti internship bole wat gempak gempak gitu..kehkehkeh

oke...redha lg..pic saye tade..hehe

gambar saya???tade coz yg sy amik pic ni lahh
tp kt portfolio tu ade lah yg kecik tu...keh3
btw....kami nak ucapkan tenkiu juga kat kak Selamah yg bagi buah tangan kat kami....ala ala suwet gitu..haha...terharu sangat dpt adiah ( kain pasang ) drpd beliau.....tenkiu ya.............

Awak ade???awak ade????haha

cik kin kin dgn adiahnye ( 1 i punyer)hehe

SELAMAT TINGGAL SKBR...HUHUUHU

suka suki.....................=p

oke...entry ni takde kene mengena dengan internship ye..hehe
cume nak cite jelahh....
mase nak beli barang kat tonghup ( hadiah utk murid ) sempat lahh bagi makan kt burung burung merpati yg ade kt area area situ...hehe
macam kat obersea je..kehkehkeh

mcm ape tah..siap kepit purse..haha




oke if nak tao..cik sikin ni takut burung lahh...lalalalla

pROGram 4 - PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN part 3


Pada hari Rabu pula telah diadakan pertandingan sajak untuk murid tahun 4 bertempat di tapak perhimpunan. Setiap kelas dari tahun 4 telah menghantar wakil mereka untuk berentap dalam pertandingan ini.


penonton

peserta






* kesimpulannya...program pelancaran bulan kemerdekaan berakhir pada hari Rabu..namun begitu, program keceriaan sempena kemerdekaan diteruskan sepanjang bulan lahh ye..nway, semoga semangat kemerdekaan dalam diri murid - murid akan terus menebal..bukan setakat  masuk pertandingan untuk menang je..yg penting penghayatannye tu ...kn kn kn 

Sunday, 21 August 2011

pROGram 4 - PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN part 2

Pada hari Selasa telah diadakan pertandingan sajak untuk murid tahun 5 yang disertai oleh wakil pelajar dari setiap kelas. Pertandingan ini dimulakan seawal jam 7.20 pagi lagi. Semua peserta dilihat begitu bersemangat dalam mendeklamasikan sajak mereka.




Pada waktu rehat, iaitu jam 10.30 pagi telah diadakan pertandingan nyanyian lagu patriotik untuk murid tahun 4 bertempat di surau sekolah. Semua murid dan para penyokong telah berkumpul di surau untuk menyaksikan rakan-rakan mereka beraksi. Dengan kekuatan seramai 10 orang dalam satu pasukan, kawasan tempat pertandingan telah bergema dengan suara semangat murid-murid





Pada jam 12.30 tengahari pula telah diadakan pertandingan nyanyian lagu patriotik untuk tahun 5 di bilik j-qaf. Semua peserta telah memberikan persembahan yang terbaik pada hari ini.

pengacara majlis yg konon je semangat...
tp cam xbest coz pakai tshirt..bijan terjun je..hoho

penonton...........







* adoi.................da penat lahh...oke oke...sambung len kali ye......Program 4 part 3

Saturday, 20 August 2011

pROGram 4 - PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN part 1


      Setelah merangka kertas kerja dan mendapat kebenaran daripada guru besar, kami telah memulakan tugas ini dengan menghantar flyers di setiap kelas tahun 4 dan 5 untuk memaklumkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Hal ini bertujuan untuk menarik minat murid menyertai aktiviti yang akan dijalankan disamping memberi peluang kepada murid untuk membuat persediaan yang sewajarnya.




Setelah itu, kami telah membuat dan menghantar buku program untuk difotostat dan diedarkan kepada guru-guru.




Kami juga telah membuat backdrop untuk majlis ini dengan mandapat bantuan daripada guru-guru pusat sumber.





Pada hari Isnin, 15 Ogos 2011 telah diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka. Majlis ini telah dirasmikan oleh guru besar,. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh En Azri.



Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Panitia Kajian Tempatan dan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu En Anuar.


Kemuncak kepada majlis ini ialah ucapan daripada guru besar dan seterusnya merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan tahun 2011.




Sebagai simbolik kepada erti kemerdekaan iaitu lambang kebebasan negara kita daripada penjajahan, kami telah memilih dua ekor burung merpati untuk dilepaskan oleh guru besar.



Kemudian, semua warga SKBR diminta untuk menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 sambil mengibarkan bendera Malaysia.




Bagi menyerikan lagi majlis ini, telah dijemput seorang murid Tahun 6 untuk mendeklamasikan sajak. Majlis bersurai pada jam 8.20 pagi.

* oke.....ni just program pelancaran....ade sambungan tao...program 4 - part 2






Friday, 19 August 2011

salam u ollsss..................

Alhamdulillah..mase entry ni ditulis, kami dah pon selesai menjalani internship..lege betol lahh..kehkehkeh..oke oke...ingat tak projek menghias pondok ilmu tuu????hurm..kat bawah ni ade lah a few gambar sebelum dan selepasnye....alhamdulillah, kire banyak perubahan jugak lahh tao..kehkehkeh

SEBELUM


SELEPAS



SEBELUM


SELEPAS





* ACTUALLY, ade banyak lagi gambar...tapi cukup lah stakat mane yg ade jelahh ye utk ditonton..hehe...oh ya..pasal pokok yg atas meja tu pun kami ade wat tp...hari kedua terakhir bru kami simenkannye...so, no photo yet lahh...daun daunnye adelahh ala ala cam kat bawah ni.:




- kat daun daun tu ade perkataan2 dlm BI...kirenye nnti tangkai2 tu akan di letakkan dlm pasu n disimenkan utk tahan lame..try lahh buat kt skolah anda..kompom ilmiah punyelahh..haha

gambar board kat bawah ni jugak kire yg dah siap lahh..tp hari terakhir mase internship kami ade lagi wat tambah tambah mne yg patut...k lahh..:)